باسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ~
ya Allah..mengapa hati ini ya Allah..
lembutkan ia ya 'azzim..
jauhi hatiku daripada gangguan syaitan ~
nyahkan ia dari dalam hatiku..
jangan kau izinkan dia menggoda imanku..
jangan kau izinkan dia menggoda imanku..
Mengapa ya ?
wahai hati..mengapa engkau ? segala ujian datang dari Allah..
kenapa engkau seolah tidak boleh menerimanya?
wahai hati,sedarlah engkau..terlalu bnyak nikmat yang telah DIA beri..
kenapa engkau seolah tidak boleh menerimanya?
wahai hati,sedarlah engkau..terlalu bnyak nikmat yang telah DIA beri..
bersyukurlah wahai hati..
wahai hati, bersihkah engkau ?
pernah tak antum rase bagaimana peritnya ujian Allah ? pernahkan ? takkan ade yang akan berkata "tidak " kerana semua orang-orang beriman pernah merasakannya..
"jangan kata kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji"
" senang la kau kata ! kau tak rase ! "
" alah ! kau tau ape tentang perasaan aku ! kau tak tahu !"
" kau takkan dapat rase la..kenapa Allah buat aku macam ni."
" kenapa Allah hukum aku macam ni,? kata Allah tu maha pemurah? "
hati-hatilah bila berbicara..dengan bicara jugalah akidah dan iman bisa jatuh ~ :) sama-sama muhasabah,khusunya buat ana kerana tangan ana yang sedang menaip ini bergerak menaip mengikut kata-kata yang lahir dari hati ana..:) dan hati ana lbih hmpir dgn diri ana..:D
sahabatku sayang..
sememangnya ujian Allah itu sentiasa datang untuk hamba-hamba NYA..tetapi,sahabat cuba renungkan..:) seberat manapun,seperit mana pun..malah sepahit mana pun ujian yang DIA beri..adakah segala nikmatnya ditarik ? tidak bukan ? ana berikan contoh..Allah memberikan ujian kepada kita,dengan menarik kesenangan yg kita dapat..kesenangan tersebut jua datangnya dari Allah bukan ? sewaktu kita dilanda kesusahan..adakah Allah menyekat nafas kita ? adakah Allah mengaburkan pandangan kita ? adakah Allah melumpuhkan perjalanan kita ? tidak kan ? disini kita dapat melihat bahawa, Allah hanya menguji keimanan kita..Allah hanya mahu melihat tahap kesabaran kita dan mahu melihat sejauh manakah cinta kita terhadapNYA..
sahabat..sejauh mana cinta kita kepadanya ? apakah dia cinta kepada Allah ? bukan hanya berada dalam alunan lidah yg tidak bertulang ~ tetapi..disisipkan jauh disudut hati..dimana disitulah layaknya Allah kita letakkan :) bukan dengan hanya melafazkan..
"aku cintakan Allah"
"cinta aku hanya untuk Allah"
" hatiku ini hanya untuk Allah"
cinta kepada Allah adalah sesuatu yang terindah dan cinta itulah yang paling sempurna ! :D tamam ! :) tetapi berapa ramaikah antara kita sebagai hambanya mengejar cinta abadi ini ? cinta teragung ini ? berapa ramaikah ? muhasabah kembali..Allah tersangat-sangat baik ! DIA sentiasa mencintai hambanya walaupun hambanya sentiasa tidak mempedulikanNYA..lihat lah ! pemurahnya Allah sentiasa melimpahkan rasa cintanya kepada kita..masyaAllah..
apa bukti Allah tu cintakan kita ? tak nampak pun !
buktinya adalah, Allah tidak menarik segala apa yang diberikan kepada engkau sehinggakan..
engkau masih mampu berdiri sekarang ? bagaimanakah engkau bisa berdiri ?
atas kehendaknya bukan ? nafas yang engkau hembus dan sedut semula adalah dari NYA juga kan ?
apakah engkau tidak melihat betapa cintanya DIA pada kau ?
cinta kepada Allah ialah,bilamana seseorang itu melakukan sesuatu hanyalah semata-mata keranaNYA..hanya untuk mendpatkan keredhaanNYA..yang dikatakan cinta kepada Allah ialah,apabila hambanya mencintai sunnah kekasih Allah,kerana Allah pernah berkata " jika kau mahukan cintaku,kau cintai dahulu kekasihku" ..yang dikatakan cinta kepada rasulullah itu adalah apabila ummatnya mencintai ahlul bayt kekasih Allah,.kerana kekasih Allah yang mulia pernah berkata " jika engkau mahukan cintaku,kau cintailah dahulu ahlul bayt ku" :) cintailah mereka ! mereka yang sentiasa memperjuangkan perjuangan Rasulullah.memartabatkan dan menaikkan nama islam dikemuncak dunia..:D
kenapa Allah bagi aku kesusahan ? kenapa Allah sempitkan hidup aku ?
Allah beri engkau kesusahan sebagai ujian..dan Allah berikan engkau kesempitan kerana Allah tiadak mahu engkau hanyut dalam kelapangan,sesungguhnya Allah lebih mengetahui tindak tanduk hambanya sedangkan engkau tidak mengetahui..
aku bersyukur Allah memberikan aku kelapangan ~
bersyukurlah atas nikmatNYA..sentiasalah bermuhasabah dan mengingatiNYA..Allah memberikan engkau kelapangan kerana Allah tidak mahu engkau hidup didalam kesempitan..maka,bersyukurlah engkau ataas nikmatnya..jangan pula kau dustakan nikmatNYA,,kelak kau akan binasa..
kenapa Allah tak bagi aku senang ? tak pulak bagi aku susah..tapi sederhana ?
Allah tidak memberikan engkau kesenangan malah Allah juga tidak memberikan engkau kesusahan adalah kerana,Allah tidak mahu engkau bergantung harap selain daripadanya..bersyukurlah engkau kerana tidak mmberikan kesenangan juga kesusahan ~
Bersyukurlah diatas setiap apa yang diberikan ~
sekalipun anda diberikan 'kesusahan' dalam hidup..
kerana ,dia lebih mengetahui apa yang dilakukan sedangkan kamu tidak mengetahuinya ~
sentiasalah bersabar menerima segala yang diberikan..
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar..:)
Daripada syeikh Atha'illah as-shakandary dalam kitabnya al-hikam ~
Allah melapangkan hidupmu supaya kamu tidak berada dalam kesempitan,
Allah menyempitkan hidupmu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan,
Allah melepaskan kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung harap
selain daripadanya..
Allah menyempitkan hidupmu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan,
Allah melepaskan kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung harap
selain daripadanya..
sebagai perkongsian dan renungan untuk kita semua ~ ada hikmah disebalik ujian dan ada rahmat disebalik dugaan ~ salam muhasabah ~ :)
jom2 kite muhasabah ~ :) |
No comments:
Post a Comment