Untuk para Adam yang pernah
mengecewakan hati perempuan secara
sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga
kepada perempuan yang telah berjaya
bangkit kembali. Chill~ =)
Jasad yang kamu pandang itu kini adalah
perempuan itu. Seorang perempuan yang
dahulunya engkau injak-injak, seorang
perempuan yang dulu, hatinya engkau
permainkan, seorang perempuan yang
engkau pernah taburi banyak janji yang
tidak engkau tepati, seorang perempuan
yang engkau pandang sebelah mata,
seorang perempuan yang engkau kira hanya
bisa dibuat mainan, seorang perempuan
yang pernah engkau kenyit mata, seorang
perempuan yang bisa engkau buat
seenaknya, seorang perempuan yang telah
banyak engkau melakukan dosa, seorang
perempuan yang engkau kira tidak bijak,
seorang perempuan yang engkau pernah
hancurkan masa depannya, seorang
perempuan yang pernah engkau
memberikan senyuman palsu buatnya, dan
seorang perempuan yang hakikatnya engkau
belum kenal siapa dirinya yang sebenar!
Engkau mengajak dia melakukan dosa,
sedangkan engkau tahu dia perempuan
mulia. Engkau pernah menghancurkan dia
sedangkan engkau tahu dia perempuan
terhormat. Engkau pernah menyakiti dia
sedangkan engkau tahu bahawa dia
perempuan berhati lembut. Engkau
mengotori cintanya sedangkan engkau tahu
cintanya suci. Engkau mempermainkan
hatinya sedangkan engkau tahu dia
perempuan hebat.
Sedarlah Adam, perempuan itu pernah
membahagiakan kamu. Perempuan itu
pernah membuatmu tersenyum. Perempuan
itu pernah berjasa dalam hidupmu.
Perempuan itu yang pernah bimbang
kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan
semua itu. Kerana engkau telah
menukarkan perempuan hebat itu menjadi
perempuan rosak akhlaknya.
Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal
mengajak manusia melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran, tapi setelah
datangnya engkau, kata-kata dia hanya
menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak
seiring tindakan. Jika suatu masa dulu, dia
seorang perempuan yang mementingkan
ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi
setelah adanya engkau, dia menjadi kera
sumbang, menjadi perahsia terhadap
mereka. Jangan pernah lupa, perempuan
ceria itulah yang engkau telah ragut
keceriaannya.
Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna
lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa
dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu.
Setelah engkau merasa bosan dengan
perempuan itu, lalu, engkau membuangnya
bagai membuang sampah di dalam tong
sampah.
Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu.. iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya. Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =) Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya...~

*copypaste*
No comments:
Post a Comment