InsyaAllah blog ini akn update setiap hari... :)
Wednesday, July 4, 2012
04 Julai 2012
InsyaAllah blog ini akn update setiap hari... :)
Sunday, June 5, 2011
Jom ke Parit Yaani
hah. dah buat apa hari ni?
gi jalan2 satu malaysia.
cuti2 malaysia?
apa aku buat hari ni ye.
pagi2 xde la wat apa2 sangat.
dok ngadap laptop je. hehe
ptg ni lak, aku gi balik kampong
di Parit Yaani, Batu Pahat.
sambut birthday someone... ^_^
hope semua happy2 ptg ni...
ok. nanti sambung lg...
assalamualaikum
05 Jun 2011
sudah 5 jun rupanya...
apa aktiviti anda hari ini?
tido jer...?
makan, tgk tv?
apa2 pun rancanglah aktiviti anda pagi nanti dgn aktiviti yg berfaedah...
buatlah sesuatu perkara yg lebih baik dari semalam...
okies... selamat menjalani kehidupan harian...
salam....
Saturday, April 23, 2011
Sebiru Hari Ini Begitu Bermakna
Dalam post ni aku nk post video...
SEBIRU HARI INI
Lagu yang sangat BEST buat diri aku...
Dengarkanlah.... Play jgn tak play...
Thursday, April 21, 2011
Unexpected Question
Programming semua betanyakan tentang teori... Soalan apa output yg keluar tidak ditanya langsung... C++ itulah yg terbayang subjek yg boleh ku jangka dapat cemerlang...
Tp, jawapan aku pagi td sahaja yg menentukan dimanakah keputusan aku berada...
Apa2 pun, kita hanya mampu berserah... Sekadar soalan yg sukar untuk dijawap tidak dapat dibandingkan dengan cerita di bawah ini...
SELAMAT MEMBACA
Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui diajar berserah kepada-Nya. Saya mempunyai penyakit gastrik yang agak ganjil.
Lebih kurang 8 tahun yang lalu, saya sering dimasukkan ke hospital kerana apabila saya diserang rasa sakit, jantung saya akan berdegup dengan laju dan saya mengalami rasa seperti sakit dibahagian paru-paru.
Sudah begitu banyak hospital pakar yang saya pergi dan sudah ramai doktor pakar saya temui namun saya tidak sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, semenjak saya memulakan herba yang diberikan oleh Dr. Aslina, kawan baik saya, penyakit saya nampaknya beransur pulih. Namun ada masanya terutamanya jam 3 atau 4 pagi, saya akan terjaga kerana terasa sakit dan degupan jantung yang laju.
Kalau dahulu saya sering dibawa ke hospital walaupun jam 3 atau 4 pagi. Namun kerana kasihankan suami saya yang terpaksa bangun di awal pagi, saya cuba menenangkan kondisi saya dengan memakan ubat gastrik, meminum air zam-zam dan berdoa kepada Allah.
Tidak saya nafikan ketakutan yang dirasa apabila diserang sakit tersebut dan kerana rasa ketakutan maka saya sering berdoa kepada Allah apabila dalam keadaan sakit itu. Alhamdulillah, lebih kurang dalam 30 minit sehingga 1 jam, keadaan saya pulih, insya-Allah tanpa perlu di bawa ke hospital.
Beberapa hari yang lalu, saya diserang lagi rasa kesakitan dan jantung saya berdegup laju. Namun pada kali ini, ada yang mengajar di dalam diri saya bahawa apa yang sedang saya alami itu merupakan perancangan Allah. Justeru saya malu untuk berdoa seolah-olah memaksa Allah untuk tidak mengikut perancangan-Nya.
Pada sesaat itu juga (begitu cepat sekali), diri dan badan saya terus merelakan kesakitan itu dan secara otomatisnya, saya mahu ikut saja kehendak dan perancangan Allah. Apa saja yang akan berlaku malam ini, saya relakan dan ikutkan (itulah lebih kurang rasa hati saya).
Apa yang mengejutkan saya, degupan jantung yang laju kembali berdegup normal dalam tempoh beberapa saat saja selepas saya merelakannya. Saya merasakan diri saya dekat dengan Allah ketika itu, Allah yang sebenarnya sedang melakukan sesuatu dengan organ dibadan saya.
Suasana seterusnya terasa indah sekali. Saya merasakan keindahan berserah kepada Allah. Seperti air yang mengalir dengan tenang tanpa ada halangan, terus ia mengalir tanpa susah dan payah. Namun bayangkan apabila kita tidak mahu mengikuti apa yang dimahukan Allah dan kita berdoa seolah-olah memaksa Allah mengikut kemahuan kita, kehidupan jadi huru hara, badan sakit dan jiwa merana.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Credit to : iluvislam.com
Wednesday, April 13, 2011
Kembali bertemu
Hi peminat-peminat semua...
Gembira bertemu kembali di blog ini... Terima kasih...
Lama tak jumpa kan...
Dah nak habis semester pun... Maknanya tamatlah satu sidang pengajian...
weeeee....
Meh sini, ambo nk cite sket....
Mengenai
Percakapan & Penulisan
Percakapan...
Ramai yg suka bercakap...
Dengan bercakaplah mereka dapat ramai kawan dan disenangi...
Ada yg bercakap itu... bercakap ini...
Banyak jugaklah yg diperkatakan...
Penulisan...
Ramai juga yg suka menulis...
Menulis diari...
Menulis novel...
Dari penulisan juga kita dapat tahu peribadi seseorang itu...
Tp... ada penulis yg masih malu untuk bercakap secara spontan dengan orang ramai....
mungkin tidak biasa... atau ada halangan yg dihadapi...
Antara Penulisan & Percakapan.... Manakah yg perlu didahulukan?
Sekian... ^_^
