FIBER BIRU
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Persiapan Bulan Ramadhan

Sebelum saya berkongsi mengenai persiapan bulan Ramadhan...
Saya ingin berkongsi satu info...

Apa yg boleh didapati...
akhir zaman, manusia suka menukar istilah.
Contohnya...
Istilah zina menjadi terlanjur... nampak mcm lebih sopan dan tidak keji...
Istilah riba menjadi faedah...

Istilah2 di atas ditukar dan ia nampak seperti perkara tersebut tidak diambil berat...
Btol bukan?
Seperti situasi berikut,
"Anak sedara, Si pulan tu ditangkap berzina dgn si fulani"
"Eh, jgn la kata berzina... kata la terlanjur... sopan sket..."

Nampak bukan... Zina telah menjadi satu perkara yg sepertinya tidak diambil berat...
Maaf jika saya begitu..
Mungkin perkataan terlanjur digunakan untuk menjaga hati seseorang...
Tp... perkara ini lama-kelamaan menjadi biasa di sisi masyarakat...
Guna saja perkataan Zina...
Barulah kita akn merasa insaf pabila mendengar perkataan tersebut...

Dalam Bulan Ramadhan inilah,
Masyarakat zaman ini menjadikan ibadat puasa sunat sebagai adat sahaja...
Mereka menjadikan ibadat puasa itu lebih penting dari ibadat lain seperti solat...
Kita tidak diajar begitu bukan?

Salah satu contoh yg saya boleh beri...
Dalam bulan Ramadhan... seorang pekerja menunggu waktu habis kerja tepat pukul 5 ptg...
dan masa perjalanan untuk pulang ke rumah agak lama...
Dalam kesesakan lalu lintas... dia tidak akn lupa untuk berhenti di...
Bazar Ramadhan... : )
"Bazar Ramadhan sekali sekala, xpela kita tinggal solat asar untuk kali ni"
Hindarilah diri kita menjadi salah seorang dari contoh di atas...
Cuma mengingatkn bukan mengungkit...

Ada pulak di Bazar Ramadhan itu..
Orang Islam...
Pakaiannya seksi...
Ingatlah... bulan Ramadhan bukn hanya bulan PUASA...
Ia bulan yg penuh barakah...
Jadikn Islam itu "the way of life"
Kenapa hanya ibadat PUASA kita boleh taat sepenuhnya...
Ibadat lain kita ambil xkisah...
Wahai sahabat... berubahlah... :)



----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk menempuhi Bulan Ramadhan yg penuh barakah ini,

Banyak persiapan yg perlu kita lakukan,
1. perasaan untuk menyambut bulan Ramadhan... gembira... suka...
berniat untuk beribadat bersungguh-sungguh seperti kita tahu kita akan mati esok hari (mengingati mati)
2. selesaikan perkara-perkara seperti baju raya, kuih raya dll
Kita perlukan "smart time management"Apabila perkara2 tersebut selesai... Kita akn lebih tumpu kepada beribadat dalam bulan Ramadhan nanti.
3. ilmu & kefahaman
Kita perlulah mengetahui sedikit sebanyak tentang ibadat yg kita lakukan...
Jgnlah ikut beribadat tanpa pengetahuan...
Apabila kita ada ilmu & kefahaman... Kita akn lebih khusyuk untuk melakukan ibadat...



Ibadat Puasa seperti tekan brek
Ibadat2 lain seperti tekan minyak

Contohnya... solat
Kita perlu buat... rukuk, sujud, iktidal dll
Haji & Umrah
Kita perlu buat... umrah, wukuf dll

Cuba kita lakukan ibadat Puasa..
hah, Kita perlu buat... buat apa... menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yg membatalkn puasa...
menahan diri tu seperti tekan brek bukan?
Kita kawal kehendak nafsu... :)
Bertaqwa dlm melakukan amal ibadat...

Ada satu kisah mengenai perbalahan dalam suatu masyarakat sewaktu zaman "IMAM HASSAN AL BANNA"
Mana yg lebih baik...
"Solat sunat tarawikh 20 rakaat" atau "Solat sunat tarawikh 8 rakaat dan ada majlis ilmu selepas itu"

Boleh ikuti kisah tersebut di  BADAR KISAS

Apa yg boleh saya simpulkan dari cerita tersebut ialah...
Kita perlu ikhlas melakukan ibadat sunat kerana Allah...
Ikhlas.. xsibuk menyusahkn org...
Buatlah ibadat sunat itu dgn penuh taqwa...
Jgnlah hanya kerana ibadat sunat, silaturahim jd renggang
Jgnlah hilang kasih sayang... Utamakanlah ukhuwah..
Semoga... dptlah kita membuat persiapan bulan Ramdhan dgn lebih teguh dan utuh...
InsyaAllah..

p/s: maaf jika apa yg saya tulis ini ada tersinggung perasaan sesiapa... -perkongsian dari Ceramah Hilal Ramadhan oleh Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, Ramadhan: "Dimanakanku Cari Rahmat Mu"

Sambutan Pra Ramadhan

Salam semua pengunjung...
Sebelum tu...
Saya ingin menceritakan sket tentang USM dlm menyambut Bulan Ramadhan yg pernuh barakah ini..



Pihak Universiti Sains Malaysia...
Telah mebuat majlis iftar untuk para pelajar, staff USM dan orang luar..
Anggaran setiap hari untuk majlis tersebut sekitar 1500 orang dan berjumlah rm170k keseluruhnya telah dibelanjakn setiap datangnya bulan Ramadhan...
Tradisi ini telah menjadi adat USM selama 25 tahun...


Pada tahun ini pula, bulan Ramadhan datang pabila cuti semester panjang...
Dan anggaran orang yg hadir ke majlis iftar adalah 900 orang...

Ada juga pemberian bubur lambuk selepas solat Asar pada bulan ramadhan di Masjid Khalid Al Walid USM
Selain itu, bermacam aktiviti akn dilaksanakan oleh Pusat Islam USM agar dpt menghidupkn bulan ramadhan pada tahun ini....




---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menghampiri bulan ramadhan ini,

Ada dua kategori manusia yg menyambutnya...

Pertama
Manusia yg sedih pabila tibanya bulan ramadhan...
Ada ke yg sedih?
Contohnya... Manusia yg suka melakukan maksiat... seperti Penzina, Peminum Arak dll...
Mereka ini sedar dan tau akn kedatangan bulan Ramadhan dan mereka cuba untuk mengurangkn perbuatan maksiat tersebut, "Bro, bulan ramadhan dh hampir ni... kita break sekejap la buat kerja kita ni"
Mereka menghormati bulan Ramadhan... tetapi sedih akn kedatangan bulan tersebut...
Bagi pasangan couple lak... yg selalu dating...
Mungkin, si perempuan akn puasa untuk dating bersama si lelaki...
Dan si lelaki berasa sedih atas perkara tersebut. Tetapi si lelaki pandai... Ajak bukan puasa bersama-sama...

Kedua
Manusia yg gembira pabila tibanya bulan ramadhan...
Dan ia terbahagi kepada beberapa sebab(niat)...
1. Niat kerana dpt menurunkn berat badan dgn berpuasa...
2. Niat kerana dpt tingkatkn perniagaan dlm bulan ramadhan...
Perniagaan jual beli makanan akn meningkat dgn serta-merta dgn adanya bazar ramadhan...
dan penempahan kuih-muih akn terus laris...
3. Niat kerana dpt melipatgandakan ibadat dlm bulan ramdhan kerana Allah Taala...
Dan, sesiapa yg tergolong dlm golongan ketiga ini akn mendapat keberkatan bulan Ramadhan tersebut...
Lakukan ibadat puasa seiring dgn ibadat2 wajib yg lain... Dan perbanyakkan ibadat dlm bulan Ramadhan.

Oleh itu, btolkn niat para pembaca dlm menempuhi bulan ramadhan ini...
Dan ingat... Bulan Ramdhan itu bukan Bulan Puasa...
ia amat berbeza sekali... Jika, kita katakn bulan puasa... Kita hanya dpt ibadat puasa sahaja walhal istilah Ramadhan itu sendiri ada pelbagai maksud...
Ia bulan Barakah...

Bercerita mengenai puasa bulan Ramadhan...
Ada seorang Pengkaji Pemakanan di Moscow...
Beliau menyatakan dlm setahun... manusia perlu menahan diri dari mkn dan minum, 3 hingga 4 minggu supaya dpt memperbaiki semula sistem dlm badan...

Dgn berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,
Kita dpt servis sitem penghadaman dlm badan kita...
Membuang toksik2 yg ada dlm badan kita...
Ketika proses pembuangan toksik tersebut,
ia akn melalui mulut... Nafas akn berbau sedikit...
jgn risau,"bau mulut org puasa lebih wangi di sisi allah dari bau kasturi"
Tetapi... jgn la kongsi bau nafas tu dgn orang lain...
xpasal kena penampar lak nanti... huhu

So, dgn berpuasa bulan Ramadhan... Kita akn dpt menjadi lebih cergas untuk melakukn kerja2 harian.

p/s: maaf jika apa yg saya tulis ini ada tersinggung perasaan sesiapa... -perkongsian dari Ceramah Hilal Ramadhan oleh  Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, Ramadhan: "Dimanakanku Cari Rahmat Mu"

Wednesday, July 11, 2012

Boikot Produk Israel

Salam semua para pengunjung blog yg dikasihi...
Anda seringkali terdengar atau ternampak cerita dan berita mengenai boikot produk israel...

Tp, Anda tidak tahu kenapa.
Kenapa Perlu Boikot Produk2 yg selalu menjadi salah satu elemen penting dlm kehidupan kita.
Kenapa, kenapa, kenapa???

Antara produk2 tersebut adalah...

McDonalds


L'Oreal


Coca-Cola


Nestle

Anda terkejut bukan.
Ada antara produk2 di atas sudah sebati dlm kehidupan anda...

Mari kita lihat lagi gambar di bawah





Nak tahu info lebih lanjut... Viva Palestina

Derma Sumbangan Makanan Palestina

Salam semua...

Ramdhan lebih kurang 10 hari je lg...
So, kita boleh la menderma sedikit untuk orang palestina supaya mereka dpt menikmati bulan ramadhan seperti biasa...



Hulurkn sedikit bantuan kewangan untuk saudara Islam kita di sana...


"feed a family this ramadhan" hopes to ease a little of their burden. Rm100(USD30) you too can help by purchasing a food basketwhich provides basic provisions for a household of 5 and will last them a month in Gaza.

"orang-orang Yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, Dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
Surah Al-Baqarah Ayat 274

Langkah-langkah untuk menderma dan memberikan sumbangan:
1.bank in your donation to pertubuhan viva palestina malaysia 564324-601324

2. the, send an email to vpmramadan@gmail.com indicating how much was donated, with ur name and address

3.for further information,please contact azra @016-2094500..

saya dapat tahu info ni daripada  twitter Wardina... WardinaSafiyyah dan boleh juga berkunjung ke Viva Palestine untuk maklumat lanjut

Sunday, July 8, 2012

Mimpi dan Maksudnya

Salam para pembaca...
Mesti ada yg pernah bermimpi perkara yg sama berulang kali..
Saya mahu menulis sedikit pendapat dari sumber iluvislam.com yg diperoleh..



Mentafsirkan mimpi adalah perkara yang rumit kerana mimpi merupakan termasuk di dalam salah satu perkara yang ghaib dan selain Allah, hanya diri sendiri sahajalah yang mampu mentafsirkan mimpi tersebut. Pihak ketiga hanya memberikan pandangan, namun diri sendiri jualah yang mampu merasainya...

Mimpi jugak merupakan satu imbasan / memori / alamat / petanda / hiburan yang telah diciptakan Allah TERUS kepada hambaNya ketika hambanya sedang 'mati' di dalam hidup...

Berbalik kepada mimpi, secara peribadi, saya menyatakan bahawa perbuatan mentafsirkan mimpi adalah seumpama;

anda mencari jarum yang tajam di dalam bilik peribadi anda yang gelap. Anda tahu jarum itu berada di dalam bilik anda tetapi anda tidak dapat melihatnya melainkan apabila anda sudah menyentuh dan terasa sakit, barulah anda tahu bahawa jarum itu berada di suatu tempat di dalam bilik anda.

Begitu jualah pentafsiran mimpi..

Dan jangan sekali-kali dipengaruhi oleh mimpi kerana kita kena bijak mengenal-pasti sama ada mimpi itu hiburan, gangguan syaitan ataupun petanda...

Sebenarnya mimpi bukanlah suatu perkara yang jelas. Ia boleh jadi hanya mainan syaitan seperti kebanyakan mimpi, dan tidak mustahil juga ianya satu petunjuk yang Allah nak bagi. Dari segi sains sekalipun, mimpi tidak dapat dijelaskan sepenuhnya.

Syukur alhamdulillah, Allah tahu akan perkara ini kerana Dia jualah yang menciptakan mimpi, justeru itu Allah turunkan panduan mengenai mimpi kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada kita sebagai sebahagian dari syariat Islam.

Panduan yang saya maksudkan tersebut tercatat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w, dikhabarkan dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A’uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya.”

Jika dilihat dari teks hadis ini, teks hadis ini merupakan satu perintah Allah yang mutlak, yakni bukan untuk kita tafsir-tafsirkannya. Ia ditunjukkan dengan suruhan untuk meludah di sebelah kiri jika bermimpi buruk. Kita mungkin tertanya-tanya, apa kaitannya meludah ke kiri dengan mimpi buruk? Sungguh ianya tidak logik pada pandangan akal kita. Namun kita disyariatkan untuk berbuat sedemikian, tanpa mempersoalkannya.



Begitulah juga dalam hadis berkenaan, apabila Allah menyuruh kita agar jangan menceritakan mimpi buruk kepada orang lain. Kadang-kadang kita rasa naaaaaak sangat cerita, sama ada kepada rakan karib mahupun di tempat awam seperti di laman ILuvIslam ini. Tetapi Allah melarang kita menceritakannya. Kenapa? Kita tertanya-tanya kenapa. Tetapi sepertimana suruhan meludah tadi, seperti itu jualah kita dituntut untuk taat tanpa perlu mempersoalkannya.

Begitu juga dengan mimpi yang baik. Kita disyariatkan untuk mendiamkan mimpi itu, dan jika diceritakan pun hendaklah diceritakan kepada orang yang kita benar-benar mempercayainya. Contohnya seperti ibubapa kita, atau imam di masjid, atau ulama' dan tokoh agama, ataupun rakan kita yang thiqah dan wara'. Tentu ada sebab kita disyariatkan sedemikian. Ia sangat susah dilakukan, kerana tentulah apabila mendapat mimpi yang baik kita berasa seronok dan teruja untuk berkongsi dengan orang lain. Hakikatnya bukan itu yang disyariatkan oleh Rasulullah.

Saya beranggapan adalah satu langkah yang tidak wajar untuk menjadikan "mimpi" sebagai penentu tindak tanduk kita. Mimpi, seharusnya dianggap dan dikenalpasti sebagai mimpi sahaja, tidak lebih dari itu. Ianya bukan wahyu yang setanding dengan AlQuran, dan ianya juga bukan nasihat yang berasas kukuh.

Sebaliknya, dapatkanlah nasihat dari rakan-rakan, ibubapa, guru-guru anda. Mereka ini manusia yang turut mempunyai hati, akal dan perasaan seperti anda, nasihat daripada mereka jauh lebih bernilai dan berharga daripada secebis mimpi yang kita sendiri tidak tahu asal usulnya, apatah lagi menafsirkannya.

Akhir kata pesanan dari saya,
Mimpi – lebih banyak yang tersimpul dari apa yang telah terhurai. Baik dari jalan sains mahupun falsafah. Semakin dihurai, semakin kusut. Jadikanlah mimpi sebagai satu motivasi kepada diri kita – satu daya untuk kita terus melangkah, satu harapan untuk masa depan. Hiduplah dalam realiti, kerana hanya dalam realiti kita boleh menggapai apa yang diimpikan..

sumber : iluvislam.com

Saturday, July 7, 2012

Ingatlah Ibu, Ummi, Emak

Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapabesarnya pengorbanan seorang ibu didalam melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap, setiap ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga (betulkan saya jika tidak benar).

Tapi, kenapa masih ada anak-anak yang sanggup menderhaka pada ibunya? Memukul, menghina, menghamburkan kata-kata kesat dan ada juga yang memutuskan hubungan dengan ibunya. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus hingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu? Kerana tatkala seorang anak meninggal dunia, dalam bacaan talkin namanya akan disebut ber"bin" dan ber"binti"kan ibunya. Jadi, betapa benci dan sejauhmanapun dibuang seorang ibu itu, namanya tetap akan disebut disaat kematian anak yang derhaka itu.

Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Begitu juga di dalam Surah Luqman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan. Owh betapa sakitnya. Memang benar kata orang bersalin tu sakit.

Bagi yang tidak dapat membayangkan betapa sakitnya seorang ibu didalam melahirkan seorang anak didunia ini, mungkin anda boleh bayangkan dengan gambaran didalam video ini:










Kalau dilihat dari video nie, memang dapat dirasakan betapa sakitnya bersalin itu. Jadi,hormati dan sayangilah ibu kita selagi dia masih bernyawa. Tanpa dia kita takkan wujud didunia ini. Tanpa pengorbanan dan kerelaan hatinya, kita takkan boleh melihat dunia ini. Tanpa perjuangaan dia, kita takkan bernafas pada hari ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

sumber dari : http://www.myfizwan.com/2012/06/saat-ibu-melahirkan-anaknya.html

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

copy from : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=172640496183804&set=a.146536405460880.30183.137241016390419&type=1

Friday, July 6, 2012

Jenis-jenis Cinta

Cinta itu ada 3 jenis

1. Kadangkala ia menjadi seperti singa dan pedang.
2. Kadangkala ia menjadi bencana besar.
3. Kadangkala ia menjadi bagai arak yg memabukkan.

Pertama... Singa dan Pedang.
Tatkala cinta menjadi singa dan pedang, ia membawa: Pengecut jadi pemberani. Bakhil jadi Pemurah. Bodoh jadi Pintar. Gagap jadi Fasih. Pengarang jadi Tajam Penanya. Lemah jadi Kuat. Kesedihan jadi Kegembiraan.
Tatkala tepat siapa yg patut dicintai. Tepat matlamat cinta. Tepat pengurusan cinta. Cinta ini menjadi kemuliaan dunia dan akhirat. Inilah cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya. Begitu juga cintakan sesuatu seperti ibu bapa, suami, isteri, anak-anak dan harta hanya kerana-Nya.

Kedua... Bencana Besar.
Tatkala cinta menjadi bencana besar, ia membawa: Pemimpin besar jadi hina. Orang terkenal jadi papa kedana. Tatkala cinta disalur bukan pada tempatnya yang terhormat. Sebaliknya, diumbar sewenang-wenangnya dgn jalan zina dan maksiat. Cinta ini menjadi kehinaan di dunia dan di akhirat.

Ketiga... Arak yg Memabukkan.
Tatkala cinta menjadi arak yg memabukkan, ia membawa: Telinga tuli dari nasihat. Mata hanya mencari peluang bermaksiat. Hati abaikn ingatan Tuhan pemberi nikmat.
Tatkala itu, cinta dirasakn ada manfaat, padahal mudaratnya besar. Apa yg dikatakn 'cinta' sepatutnya mulia, tapi kini dekat dgn nafsu, umbaran syahwat dan perzinaan. Inilah cinta yg dimainkn oleh orang yg konsep diri dan konsep hidupnya tidak jelas. Lalu, tidak meletakkn cinta kena pada tempat.
Bagaikn peminum arak, bagilah seguni nasihat sekalipun sudah tidak berguna lagi. Akalnya tidak waras menilai mana palsu mana hakiki.

Cara Bersahabat


Jika ada kwn yg suka menghukum, perlu tahu seni mendidik.
Jika ada kwn yg suka merajuk, perlu tahu seni memujuk.
Jika ada kwn yg payah berbincang, perlu tahu seni memulakn.
Jika ada kwn yg suka mengata belakang, perlu berhikmah memberi peringatan.
Jika ada kwn yg suka berhujah, perlu tahu seni memikat hati.

' Ya Allah, kuatkn hamba-Mu ini bertahan dlm persahabatan. Fokus pada ilmu dan perjuangan. Hadirkn untukku rakan2 yg lidahnya sentiasa menyebut-nyebut nama-Mu.

Wednesday, July 4, 2012

Ada Apa dengan Nisfu Sya'ban ?

Salam Sejahtera semua...

Hari ini... 4 Julai 2012 bersamaan 14 Sya'ban 1433H...
dan telah masuk 15 Sya'ban 1433H pada waktu maghrib hari ini.

Sebelum mengetahui kelebihan malam nisfu sya'ban. Saya nk beritahu sket mengenai Peristiwa Penting yg Terdapat pada Bulan Sya'ban.

Mengenali bulan Sya'ban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Sya'ban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Sya'ban. Antaranya ialah malam Nisfu Sya'ban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Kelebihan yang terdapat pada malam nisfu sya'ban
Byk kelebihan atau fadhilat yg terdapat pada malam ini...

Sunat, kita menghidupkn malam nisfu sya'ban yang penuh dengan keberkatan dan ditinggikn kemuliannya selepas malam Lailatul Qadar. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Sya'ban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Sedikit perkongsian daripada Dr. Mohd Asri
Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban

Dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=1192


1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.