FIBER BIRU

Sunday, August 1, 2010

Kem WAJIB Pelajar APEX USM Tahun 1

Salam semua....
Minta maaf jika ada yg menunggu untuk membaca post yg berikutnya. Kerana aku baru sahaja balek dari Kem tersebut.

Nama sebenar Program Kem ini adalah "PIMPIN SISWA".
Kenapa namanya Pimpin Siswa, soalan ini tidak ditanya sama sekali semasa program dijalankan.
Kerana apa?

Apa2 pun, biar aku beri pendapat tentang nama yg dipilih.
Program ini dilaksanakan supaya Pelajar-pelajar APEX USM boleh menjadi pemimpin yg berwibawa suatu hari nanti. Dengan aktiviti2 yg dijalankan pada program ini dapat memupuk mereka untuk lebih yakin pada diri sendiri. Antara aktiviti yg dilakukan adalah berjalan malam seorang diri di hutan yg gelap gulita tanpa cahaya lampu.Hanya disinari ngan cahaya bulan yg satu. Kawasan hutan itu amat seram dan menakutkan. Dengan suasana yg diwujudkan itu, dapatlah pelajar2 meningkatkan keyakinan diri mereka.

Selain itu, program survival cooking. Antara aktiviti yg dilaksanakan adalah memasak menggunakan bahan semula jadi. Menggunakan ranting2 kayu sebagai bahan bakar. Ada juga aktiviti penyembelihan ayam secara sendiri. Bagi pelajar yg tidak pernah menyembelih ayam, dapatlah mereka mendapat pengalaman baru seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri.

Itu je la pendapat aku. Korang bukannya nak baca sangat pun.



Ok la, aku nk cte pengalaman aku di Kem Pimpin Siswa yg aku sertai.
Kem yg aku pergi tu bernama D'Risa Impiana Campsite, Gerik, Perak.

Yes, pertama kali aku menjejakkan kaki di negeri Perak. Tp, kat satu tempat tu je la. Lain hari, aku akan menjelajah negeri Perak tu.
Ok, aku nk bagi pendapat sket pasal Kem ini. Kem ni xteruk camne yg aku bayangkan la. Kerna, kem ini sangat relaks bagi aku. Kem ini fokus untuk menjadikan kita sebagai seorang pemimpin. Bukan untuk menguji ketahanan fizikal.


Aktiviti2 yg telah dilaksanakan di sana adalah Pembahagian kumpualan, Pentauliahan pangkat, Night walking, Survival Cooking, Jungle Trekking, Persembahan malam dan Kelestarian.

Aku nk cte sket pasal pembahagian kumpulan. Aku dapat kumpulan 9. CHARLIE 3. Kumpulan yg terakhir sekali. Kwn2 aku yg ada dikumpul nie, semuanya best2 belaka. Nanti aku cte kat bahagian seterusnya.
Aktiviti Pentauliahan pangkat lak. Along bagi kem pimpin siswa ni ialah YX. Angah adalah Afifah Bibix dari sains komputer (Afifah mmg hyperaktif). Uda dan Atih serta Alang. Setiap Platun @ Kumpulan mempunyai seorang Alang. Alang tuk kumpulan aku adalah DAIM!!!!.

Program night walking..... Program ini agak biasa2 je. Tak lasak dan tak lembut. Jalan2 yg dilalui amat dekat. Tp, sedikit mencabar. Masa jalan sorang2 melalui kawasan gelap tu. Perasaan takut aku sedikit tidak tentu. Kerana aku dah tau, fasilitator yg akan menakutkan kami. Fasilitator ni jugak menggunakan walkie talkie dengan speaker yg kuat. Perasaan takut tu xberapa rasa ar.
Oh, lupa lak.... Sebelum night walking tu, Fasilitator ada sedikit menyampaikan suatu cerita sedih tentang keluarga seorang pejuang negara. Pejuang negara yg mati untuk mempertahankan negara. Dia baru sahaja berkahwin. Tetapi, apakan daya. Negara memerlukan tenaga rakyat untuk menyelamatkan negara pada masa dahulu.

Hah, night walking ni pulak ada gimiknya. Ada juga kejadian spontannya.
Kejadian apa tu?
Seorang pelajar perempuan USM hilang semasa berjalan di dalam hutan. Panik tak panik.
Tp, kawan2 USM aku nie muka selamba jer. Macam xde apa2 yg berlaku. Semua fasilitator nie tahu akan kejadian tu. Kecuali seorang yg bernama Kak Sheeda. Beliau ialah seseorang yg menjaga kebajikan semua pelajar USM pada masa itu di kem itu. Beliau berasa panik ketika itu. Bermacam reaksi. Telefon polis dan cuba membuat sesuatu yg perlu untuk mencari pelajar perempuan yg hilang itu.
Selepas beberapa minit pertenglikahan antara fasilitator, pelajar itu dimunculkan semula dan Kak Sheeda telah terkena ngan lakonan fasilitator yg lain.

Panjang lak aku cte nie, aku sambung kat post seterusnya.
OK.... tunggu yer...

1 comment:

Anonymous said...

Nak tanya nightwalk kat kem neh, mcm mana ye? jalan sorg2?