FIBER BIRU

Wednesday, August 11, 2010

Hari Interaksi Sains Komputer 2010


Salam semua.

Apa khabar.Aku nk cte sket pasal hari interaksi sains komputer yg telah diadakan seminggu yg lepas.

Program bermula pada pukul 7.10 pagi dengan aktiviti pendaftaran pelajar-pelajar di Pondok Sains Komputer. Selepas sesi pendaftaran selesai dengan pengasingan sebanyak 8 kumpulan. Aku dan pelajar lain bertolak ke Taman Botanic dengan menaiki Bas Sekolah. Setiap bas dinaiki oleh 2 kumpulan.




Setibanya, kami di sana. Cuaca agak tidak menyebelahi kami untuk membuat aktiviti. Selepas aktiviti suai kenal dan pemilihan ketua kumpulan, hujan turun renyai-renyai dan tiba-tiba lebat. Maka, kami berlindung di bawah pondok2 kecil yg ada. Selang beberapa minit kemudian, kami pergi ke pondok yg lagi besar yg boleh memuatkan semua pelajar. Aktiviti yg dilakukan time nie amat menarik. Game "I love you, I shy la"....
Cara permainan ni adalah, kita kena cakap "I shy la" kat sebelah kanan, dan "I love you" kat sebelah kiri. Bagi peringkat pertama, hanya kata-kata yg diluahkan. Bagi peringkat dua pulak, kata-kata dan ekspresi muka sekali. Tp, aktiviti dijalankan hanya sementara. Kerana hujan kembali lebat.

Lupa lak nk cte pasal breakfast... Kami makan mee hun goreng masa tu. Nak gitau lagi satu. Makanan yg tidak habis dimakan atau sampah perlulah diletak di dalam plastik yg disediakan. Tetapi, ada pelajar yg membuangnya di dalam tempat sampah yg berdekatan. Hal ini menyebabkan monyet datang ke tempat itu.

Selang beberapa minit permainan itu diberhentikan, dan hujan pun mula reda..... Aktiviti yg seterusnya dimulakan. Aktiviti nie juga amat menarik, melakonkan apa yg dibuat oleh ketua kumpulan sebelumnya. Terbaik ar, cerita asal telah bertukar totally 80% kepada ketua kumpulan terakhir. Ada sedikit gambar yg aku nak kongsi.

Pelakon Asal
Pelakon ketiga
Pelakon Spy
Antara gambar pelakon... Terbaek ar...

Lepas aktiviti nie la, tiba-tiba datang sekumpulan monyet mencari makanan di tempat sampah. Tempat yg berdekatan jadi sepah dengan serta-merta. Monyet tu agak ganas kerana dia menyerang manusia. Bila kita dekat dengan dia, dia cuba menyerang. Fasilitator dan pelajar jadi tak tentu arah.

Masa tu dah waktu tengah hari rasanya. Kami keluar dari tempat itu, kerana takut diserang oleh MONYET itu. Segala beg dan barang dibawa keluar bersama. Kami mencari tempat yg lebih sesuai untuk makan tengah hari. Tempat yg dicadangkan adalah tidak jauh dari taman itu. Berdekatan tempat makan tu jugak ada surau untuk kami solat zuhur.
Segalanya berjalan lancar. Makanan tengah hari yg disediakan adalah Nasi goreng berserta ayam dan sayur.
Selesai makan, pelajar muslim pergi ke surau untuk bersolat. Lama jugak masa yg dihabiskan di surau tu. Bukan kerana khusyuk dan tawadhuk. Tetapi, masa untuk rehat.....

Pastu, kami pergi semula ke taman botanic tersebut. Aktiviti yg diadakan selepas itu adalah aktiviti pass lukisan. Orang yg pertama akan melukis apa yg ditunjukkan oleh para hakim. Dan orang yg seterusnya akan melukis apa orang pertama yg melukis. Macam2 lukisan dan evolusi lukisan yg ada. Nak tengok tak. Tp, aku ada satu gambar je.


Gambar asal adalah ultraman. Yg dua orang sebelah kiri dari kumpulan lain, Ultraman jadi Teddy Bear. Yg dua orang sebelah kanan tu lagi pelik, Ultraman jd NANAS.. huhu...

Lepas aktiviti melukis nie, aktiviti macam explorace race kecil-kecilan. Hanya ada 6 station jer.
Station yg ada adalah, meniup bola ping pong dari satu gelas yg dipenuhi air ke gelas yg lain. Station seterusnya adalah membuat 41 task dalam masa 5 minit. Station ini adalah sangat mencerna minda. Kerana apa? takkan la kena wat 41 task dalam masa 5 minit. Giler banyak tu. Sebenarnya, ada soalan ke dua akhir yg  tidak perlu membuat task-task tersebut. Banyak kumpulan yg telah tertipu... Haahhahahaa.....
Tu la, siapa suh tak baca dulu.... Padan muka.
Station seterusnya adalah memenuhkan air di dalam gelas dengan menggunakan sudu. Halangan yg ada adalah kena pusing setempat 3 kali dan berlari ke tempat berdekatan untuk mengambil air dalam baldi dan membawanya semula ke tempat asal. Ada satu halangan lagi tu, aku tak tau macam mana nk describe benda tu. Selepas station tu, station membaling belon yg berisi air. Memang best part nie, pass2 belon dan part paling best, fasi akan baling belon sejauh mungkin dan pelajar perlu menangkap belon tu. Ada belon yg pecah dan basah baju pelajar tu.
Station seterusnya adalah, meneka nombor yg salah untuk menang. Dari range 1-100. Kalo nombor yg diteka tu betul. Belon yg berisi air di atas kepala akan dipecahkan. Denda tambahan lak, kena jawap Soalan IQ atau memasukkan lidi dalam botol. Jarak yg diberikan antara tempat tuk masukkan lidi dan botol tu agak jauh. Tiada siapa yg boleh lepas. Soalan IQ pula, xde jugak yg dapat jawap.
Station yg last adalah, membawa belon dengan menggunakan anggota badan. Kami akan memilih random kertas yg ditulis dalam sebuah balang. Pada kertas tu, ada tertera anggota badan yg perlu digunakan untuk membawa belon. Banyak gak kumpulan aku yg terlepas belon. Haish... tak pro dalam membawa belon.

Itulah aktiviti-aktiviti yg ada dalam explorace tu..... Sedikit tapi menarik.
Selesai program tu, tamatlah sesi hari interaksi. Kami pun bersiap sedia untuk balek ke kampus.
Kat bawah ada sket gambar candid yg aku tangkap.

Tulah sedikit sebanyak gambar yg sempat aku tangkap...
Sekian tuk cerita hari interaksi SAINS KOMPUTER 2010.

p/s harap semua terhibur. pasni nk wat post pasal ramdhan dan puasa lak... Tunggu yer

No comments: