FIBER BIRU

Sunday, August 22, 2010

Air yg deras kini kembali tenang

Salam semua.

Pelik je ngan title post di atas. Korang rasa apa agaknya yg nk disampaikan. Btol tak?
Sebenarnya, aku pun xpasti lg... Biarlah otak berfikir dan tangan ini menaip. Maka terhasil sebuah cerita yg tiba-tiba.

Ok... Aku rasa aku nak cerita pasal cinta... Boleh tak.. Kalo korang kata tak boleh... Aku nak tulis gak.
Sebab, blog ni... Aku yang punya... Haha.. Ok, jom kita baca isi yg btol2 tentang post kali ini.




Cinta...
Cinta yg dipermainkan oleh lelaki kepada wanita.
Selalunya ianya terjadi...
Kenapa?
Mengapa?
Perkara Biasa?

Ya... Benda tersebut telah menjadi perkara biasa yg akan merosakkan hidup manusia. Kerana, perasaan manusia tidak boleh dipermainkan. Jika perkara tersebut terjadi... Maka akan timbul masalah baru...

Para lelaki, janganlah kamu mempermainkan hati wanita. Kerana, suatu hari nanti... Mungkin rumahtangga kamu akan tidak akan setenang air dilaut. Sentiasa ada ribut dan taufan yang akan menganggu kamu.
Kerana, kamu pernah mengecawakan hati seorang perempuan yg inginkan kasih sayang darimu.
 

Kisah seorang perempuan yg bercinta bagai nak rak dengan seorang lelaki. Mereka sudah 3-4 tahun bercinta. Sejak sekolah menengah lagi. Tp, apakan daya. Perempuan itu terpaksa akur dengan keputusan si lelaki yg pergi meninggalkannya tanpa sebab.


Dulunya, lelaki tersebut meminta untuk bersama... Kata-kata manis yang keluar dari mulutnya membuatkan si perempuan cair. Hati yg tak pernah disentuh, telah dicuri oleh lelaki tersebut. Sungguh indah tapi berbisa di kemudian hari. Oh lelaki... Betapa senangnya dikau meluahkan rasa cinta & membuangnya begitu sahaja.
Tiada lagikah  perasaan kasih dan sayang kamu. Tidak mengertikah dikau perasaan seorang wanita. Kalo begitu... Kamu, wahai lelaki!!! Hanya pandai berbicara dan tinggi sungguh ilmu kamu tetapi kamu lupa akan perkara yg kecil yang perlu dijaga.

Oh gadis... janganlah engkau terlalu kecewa... Pasti akan ada pengganti yang lebih baik daripada dia. Jangan engkau menyangka, semua lelaki beperwatakan begitu. Jika fikiran kamu ke situ, kamu akan susah mendapat jodoh. Tabahkanlah hatimu dan sabar menerima hakikat itu. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang sabar. Dan, sabar itu juga separuh dari iman...

Aku harap, dikau dapat terus hidup bahagia wahai si bunga yang masih mekar. Teruskan hidupmu untuk mencapai kejayaan pada suatu hari nanti. Dan buktikan pada lelaki itu, perasaan perempuan bukanlah sekuntum bunga yang boleh dipetik begitu sahaja tanpa dijaganya...
Jadilah seorang wanita yang solehah dan cantik dari segi islam. Fikirkanlah sebaik mungkin, jika kamu ingin bercinta buat kali kedua dan seterusnya...

Aku tau, kini perasaan kamu kembali tenang setelah kamu memikirkan apa yang baik untuk dirimu. Aku harap, kamu akan melupakan hal yg telah lalu...

Ada satu pesanan dari saya, janganlah kamu cinta akan si lelaki 100% dan jangan juga membenci semua lelaki 100%... Cubalah kawal perasaan kamu, supaya ia tidak terlalu lebih. Biarlah sederhana. Agar kamu dapat hidup bahagia...

Ingatlah, "Wanita adalah hiasan dunia, dan hiasan yang terindah itu adalah wanita solehah". Janganlah kamu khuatir akan jodohmu. Jangan terburu-buru mencari cinta tanpa berfikir dahulu.
Koho, koho... dalam mencari cinta yang sejati..

Sekian....

p/s Yeah!!!! Itulah isi yg aku tulis. Otak berfikir, jari menaip. Maka hasilnya... Korang nilai sendiri la...
Dan juga, cte dalam post ini tiada kaitan antara yang hidup dengan yang telah meninggal dunia. Jika ada yang terasa, saya minta maaf kepada kalian. Tidak ada niat pun.

Nantikan post yang akan datang...

No comments: