FIBER BIRU

Sunday, July 25, 2010

Aku dan Tabligh

Tabligh? 
Shazmil @ Tabligh?
Btol ker?

Apa tajuk kat atas tu sebenarnya. Sebenarnya macam nie. Malam td aku hanya diajak untuk pergi ke masjid hari ini yang bertarikh 25 julai 2010 pukul 10.00 pagi untuk dengar ceramah. Aku pun dah tanya pada orang tu, apa tentatif program yang akan dijalankan. Orang tu hanya berkata, "esok pergi je la, ada sket pensyarah nak cakap tentang agama" . Tu perkataan yang aku dengar.
Ok, dengar dia cakap begitu. Aku on je la nak pergi esok hari.

Tibanya hari esok, aku bangun seawal kul 6 pagi. Dikejutkan oleh roomate aku SALEHUDDIN. Kalo dia xkejut. Terlajaklah solat subuh aku. Sbb, aku tido pukul 3 pagi sebelum tu.

Ok, hari yang biasa berjalan seperti biasa. Berbalik pada cte pergi masjid td. 
Aku diajak oleh orang yang berlainan pada pukul 8 pagi untuk pergi ke masjid pada pukul 10. Sbb diorang nak ajak dengan menaiki kereta. Ok, aku akan pergi.

Dipendekkan cerita. Sesampainya aku di masjid. Taklim dimulakan. 
Taklim adalah suatu amalan menyampaikan pengisian hadis kepada segolongan orang.
Tp, taklim yg disampaikan itu aku boleh bagi grade C jer la.
Kerana penyampaian tidak cergas dan mantap.

Antara Isi kandungan yang aku dapat dari taklim itu adalah:
1. Sesiapa yang melebihkan al-quran daripada Rasulullah akan diberi lebih ganjaran daripada orang yang menyintai Rasulullah sendiri.
2. Perasaan hasad dengki adalah perasaan yang sangat dimurkai oleh Allah.

Aku dapat digest 2 isi tu jer la. Bagus ada daripada xde.Btol tak?

Ok, selepas taklim tu... Aku ingat ada la ceramah tentang apa itu iman @ islam dan cara2 untuk mengimbanginya dalam pembelajaran kita di UNIVERSITI nie.
Rupanya tidak sama sekali......
Aku ada rasa marah dan terkilan kerana ditipu. Kerana aku pantang kalo orang tipu nie.
Tp, aku sabar la.

Isi yang ingin disampaikan ialah "Kita perlu untuk menyampaikan dakwah kepada umat islam di sekeliling kita". Istilah2 yang digunakan tu, aku xberapa paham pada mulanya. "KELUAR, GUDGE(aku pun xberapa dengo) dan lain2.

Ok, aku harapkan mereka berilah pengisian tentang iman dan islam. Malangnya tiada.
Mereka bercakap tentang perkara yang sama.
SUNNAH RASULULLAH adalah menyampaikan DAKWAH kepada sekalian manusia.

Ye, itu mmg benar. Tp, bagi pendapat aku sebagai hamba yang lemah ini. Bagaimana aku nak sampaikan DAKWAH, sedangkan aku blom paham dan menghayati islam itu sendiri 100%.

Selepas selesai majlis itu, kami semua dipelawa untuk makan nasi minyak. Alhamdulillah rezeki datang....
Kemudian, aku pulang ke restu selepas solat zuhur bersama kawanku FAUZAN yg jugak menyertai majlis itu.

Begitulah kisahku dengan dunia tabligh nie.

p/s kadangkala kita nie masih lemah dalam iman. Bagaimana kita nak sampaikan kepada orang di sekeliling tentang apa itu iman sebenar-benarnya. Aku harap, jika program KELUAR nie nak dijalankan. Kita haruslah diajar dulu apa itu islam yang sebenarnya. Barulah kita dapat menghayati btol2 apa yang nak kita sampaikan. Tiadalah rasa ragu dan sangsi.

Post yang seterusnya, aku akan cerita sket pasal aku dan Cik Farhah Kamarudin....
Nantikannya.....

No comments: