FIBER BIRU

Monday, July 9, 2012

Senamrobik 1 Malaysia 2012

Salam para pengunjung...
Tahu tak esok hari apa...
Hari Selasa la... hehehehe...

And... Esok akan diadakan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di setiap sekolah


So... siapa yg kena sertai Senamrobik ni?

Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
1. murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah
swasta);
2. guru, anggota khidmat sokongan;
3. ikon sukan; dan
4. VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.



Senamrobik ni akn dijalankn di setiap sekolah dan matrikulasi pada 10 Julai 2012 tepat pukul 8.00 pagi...
Senamrobik berlangsung selama 35 minit.



Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Maltamat Senamrobik 1 Malaysia
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.


Objektif
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
1.meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 5 yo/03-88841357
2. melibatkan penyertaan semua murid;
3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
5. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

Video Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia








Espirit De Corp - semangat kerja berpasukan yg telah lama diaplikasikan oleh kerajaan dalam pelbagai cara dan bentuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya atau boleh juga dirujuk sebagaimasyarakat plural




Maklumat Lanjut - moe.gov.my

No comments: