FIBER BIRU

Monday, January 17, 2011

Hati ataupun Nafsu

Assalamualaikum....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sebelum saya bercerita tentang post kali ini.
Biarlah saya memulakannya dengan menyambung post yg lepas.



"Kehidupan Seorang Insan"
Perkara yg sebenarnya. Insan tersebut hanya mempunyai masalah yg sangat sedikit jika dibandingkan masalah yg melanda dunia sekarang.
Masalah tersebut adalah masalah hati...
Masalah ini sememangnya kecil. Tetapi jika tidak dirawat, lama-kelamaan ia akan menjadi teruk tanpa disedari...
Masalah ini sering dilalui oleh semua manusia. Tidak kira darjat ataupun bangsa...
Ia akan sekali mengunjung setiap manusia. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menguruskannya...
Alhamdulillah... Masalah itu dapat diatasi tanpa sebarang masalah oleh insan tersebut...
Persoalannya... Apakah masalah sebenar yg dihadapi? dan Apakah cara yg dilakukan?

Mari sama2 kita selidik... ^_^


Masalah hati ataupun nafsu?
Hati dan nafsu adalah sama sekali berlainan...
Hati ini dikawal oleh akal fikiran dan nafsu...
Nafsu adalah musuh utama dalam diri tanpa diketahui oleh para manusia yg tidak mengambil kisah tentangnya...

Tertarik kepada keindahan seorang wanita bukan muhrim...
Lumrah manusia... Mereka akan diuji oleh Allah tentang perkara tersebut...
Kita sebagai hamba Allah haruslah tabah dan bijak untuk mengatasi ujian...
Bagi yg belum terlanjur dalam melibatkan diri untuk "BerCOUPLE"

saya harap... cubalah para pembaca muhasabah diri tentang tujuan untuk mencintai seorang wanita...
1. Kerana Allah...
2. Kerana nafsu...
3. Kerana menginginkan seorang teman hidup...



Jauhilah perkara yang menghampiri zina... Perkara yg paling ditakuti oleh saya adalah zina hati...
Zina hati sering terjadi tanpa disedari dan boleh menyebabkan para manusia ditelan lamunannya sendiri...

Berpuasalah kamu agar dapat menahan hawa nafsu yg sering memberontak...
Lakukan sesuatu perkara hanya kerana Allah S.W.T

Bagi yg sudah terCOUPLE ^_^
Kamu seharusnya sedar atas dosa2 yg kamu lakukan tanpa disedari ataupun perkara haram yg kamu cuba halalkan...
Setiap pergaulan kamu antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim tanpa batasan akan menimbulkan fitnah dan boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras...
Bersihkanlah hatimu dengan berzikir kepada Allah... Sentiasa mengingati kebesaran Allah...
Dan seterusnya dapat mengisi hati kamu dengan perkara2 yg diajarkan oleh Islam...

Ingatlah bahawa setiap perkara yg kamu lakukan akan dipertayangkan di akhirat kelak...
أستغفر الله العظي

Setiap amalan yg kamu lakukan akan mendapat ganjaran pahala...
Walhal dosa yg kamu lakukan akan mendapat azab siksa...
أستغفر الله العظي



Akhir kata, jagalah diri kamu supaya tidak dikawal oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kawallah hati kamu dengan akal fikiran yg waras dan iman serta mantapkanlah akidah untuk menjadi mukmin sejati...
InsyaAllah...


مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah
dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS. An Nisa’: 79)

No comments: