FIBER BIRU

Friday, August 6, 2010

Minggu Konvokesyen USM 2010

Salam semua.....

Yeah.. Dalam post kali nie aku nk gitau sket pasal Minggu Konvokesyen yang berlangsung di USM pada tahun 2010.
Minggu ni adalah minggu yg paling best bagi semua pelajar USM. Ada 2 maksud dalam perkataan best tu. Kenapa?
Pertama, best kerana banyak makanan @ barangan yang boleh dibeli di tapak konvokesyen tu.
Kedua, best kerana para pelajar USM terpaksa berjalan jauh untuk pergi ke kelas kerana bas yg disediakan hanya 3 buah dan bas itu bergerak dari restu hingga ke aman damai sahaja.



Yes. Pada minggu konvekesyen nie. Aku lebih banyak berjalan. Lebih banyak berpeluh. Dan lebih banyak tido. Huhu....

Apa yg ada kat tapak konvekesyen tu?
Pertama, jualan makanan yg menjadi tumpuan orang ramai.
Kedua, jualan pakaian yg sesiapa inginkan pakaian USM.
Ketiga, jualan cenderamata yg bercetak logo USM.
Keempat, jualan buku yg kecil-kecilan.
Kelima, jualan air minuman atau jus.

Jualan yg paling terserlah di tapak konvekesyen tu adalah jualan makanan. Pelbagai makanan yg disediakan. Jeruk2, makanan bergoreng, makanan orang utara dan buah-buahan juga turut dijual.

Apa aktiviti aku masa minggu konvekesyen tu. Aku hanya berkesempatan untuk menjaga Booth Computer Science pada hari ni, Jam 3 hingga 4 petang. Jadi, datanglah beramai-ramai ke booth itu untuk memeriahkan lagi suasana di Sains Komputer.

Lagi satu, pada minggu konvokesyen , jalan2 di USM banyak yg ditutup dan tiada parking yg mencukupi untuk semua orang yg berkunjung.
Jd, pada mereka yg datang lambat. Mereka akan menghadapi kesulitan untuk melawat tapak konvokesyen itu.

Pendapat aku pada minggu konvokesyen nie, agak menarik dan banyak aktiviti yg boleh dilakukan. Minggu yg seronok dan amat bermakna pada graduan yg telah berjaya.

p/s Aku mengucapkan tahniah kepada semua graduan yg berjaya pada sidang lepas. Moga-moga korang dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berjaya.

No comments: