FIBER BIRU

Saturday, July 7, 2012

Ingatlah Ibu, Ummi, Emak

Saat seorang ibu melahirkan anaknya adalah saat perjuangan paling getir antara hidup dan mati. Saat yang sangat-sangat menyakitkan lagi memeritkan. Betapabesarnya pengorbanan seorang ibu didalam melahirkan kita didunia ini. Kalau tak silap, setiap ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak akan dianggap sebagai mati syahid dan dijanjikan syurga (betulkan saya jika tidak benar).

Tapi, kenapa masih ada anak-anak yang sanggup menderhaka pada ibunya? Memukul, menghina, menghamburkan kata-kata kesat dan ada juga yang memutuskan hubungan dengan ibunya. Sedangkan, hubungan antara ibu dengan anak tidak akan terputus hingga saat kematian sekalipun. Mengapa begitu? Kerana tatkala seorang anak meninggal dunia, dalam bacaan talkin namanya akan disebut ber"bin" dan ber"binti"kan ibunya. Jadi, betapa benci dan sejauhmanapun dibuang seorang ibu itu, namanya tetap akan disebut disaat kematian anak yang derhaka itu.

Di dalam Al-Quran, Allah telah melarang anak-anak dari melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar dan boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Begitu juga di dalam Surah Luqman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Di satu ruang yang kecil kita dilahirkan. Owh betapa sakitnya. Memang benar kata orang bersalin tu sakit.

Bagi yang tidak dapat membayangkan betapa sakitnya seorang ibu didalam melahirkan seorang anak didunia ini, mungkin anda boleh bayangkan dengan gambaran didalam video ini:










Kalau dilihat dari video nie, memang dapat dirasakan betapa sakitnya bersalin itu. Jadi,hormati dan sayangilah ibu kita selagi dia masih bernyawa. Tanpa dia kita takkan wujud didunia ini. Tanpa pengorbanan dan kerelaan hatinya, kita takkan boleh melihat dunia ini. Tanpa perjuangaan dia, kita takkan bernafas pada hari ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

sumber dari : http://www.myfizwan.com/2012/06/saat-ibu-melahirkan-anaknya.html

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

copy from : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=172640496183804&set=a.146536405460880.30183.137241016390419&type=1

No comments: