FIBER BIRU

Saturday, January 1, 2011

Year 2011

Assalamualaikum....

Dimulakan dengan basmallah...

Saat berganti saat... Minit berganti minit... Jam berganti jam... Hari berganti hari... Bulan berganti bulan...
dan Tahun berganti tahun...

Saat ini... Telah muncul tahun 2011...



2011

Bumi pun semakin lama semakin berusia... Manusia juga begitu...
Tetapi terdapat manusia yg telah pergi dahulu sebelum kita...
Alhamdulillah... Aku masih dipanjangkan umur sehingga TAHUN 2011 ini...
Tidak mudah bagiku setelah menjalani tahun demi tahun...
Terdapat banyak cabaran, dugaan dan masalah...
Tapi bagiku, perkara tersebut hanyalah sekadar gigitan semut kalo nk dibandingkan dengan orang lain...

Kita sentiasa diuji...
Patutkah kita duduk di muka bumi yg serba indah ini tanpa diuji...
Patutkah juga kita hanya hidup tanpa diuji untuk merasai kemanisan iman itu sendiri...
Umur meningkat hanya sekadar nombor sahaja...
Kita tidak tahu ajal maut kita... Jangan kita sangka, umur kita masih panjang lagi...
Bersedialah untuk menghampiri mati...

Aku harap dengan tarikh yg bermula 1.1.2011 ataupun 1 JANUARI 2011 akan menjadi permulaan yg baik bagi diriku...
Cuba untuk menerobos sempadan diri...
Berfikiran matang dalam segala urusan...
Berfikiran kritikal terutamanya...

Semoga Tahun 2011 dan Tahun Hijrah 1432 dapat menjadikan aku seorang yg lebih positif...
InsyaAllah...

Sekian...

No comments: