FIBER BIRU

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan

Sorry kepada pembaca... Kerana lama tak update blog nie.

Banyak assignment dan tutorial yg perlu difokuskan. Biasalah, dah jadi pelajar universiti. Kesibukan masa akan melanda setiap pelajar.

Ok, dalam post nie aku nk cte pasal bulan RAMADHAN tahun nie.
Aku berada di perantauan. Membawa haluan sendiri. Menentukan nasib sendiri. Mengorak langkah sendiri. Membuat keputusan sendiri. Itulah dia.
Aku perlu memikirkan semua itu sendiri.

Berbalik pada cte RAMADHAN.
Aku dah sebulan lebih duk kat USM. Bagaikan masa berlalu dengan begitu pantas. Sehingga la sampainya bulan ramadhan.
Tahun nie, kali pertama aku menjalankan ibadah puasa pada hari pertama jauh dari keluarga. Kalo rumah tu, jarak dia dari RESTU ke gate hujung USM tu. Boleh la aku balik masa hari pertama puasa.
Tp, apakan daya... Jarak yg telah menghalang aku.

Tp, aku tidak melupakan keluargaku. Aku menelefon mereka. Tp, aku baru teringat... Kenapa aku tak tanya mak aku masak apa. Bukannya apa. Takut, perasaan rindu akan membuak-buak. Susah lak nk fokus pada pelajaran. Btol tak?
Tp, kita perlu gak tanya. Sebab, itulah pertanyaan yg emak kita mahu dengar...

Ok, aku dah merasa 9 hari di bulan Ramadhan di PENANG. Semuanya dalam keadaan baik. Tiada benda buruk berlaku. Happy go lucky.
Ada satu benda je yg telah mengubah hidup aku. Pasal harga makanan.. Haha, tu pun nak cte....
Yep, harga makanan. Takyah la cte lebih2... Pandai2 la korang compare harga PENANG ngan JOHOR.

Cte lain plak masa bulan ramadhan. Aku berbuka puasa tidak menentu. Tp, aku bersyukur kerana aku masih boleh berbuka puasa dengan makanan yg mencukupi. Kerana, ada umat manusia yg berbuka puasa dengan hanya seteguk air masak.

Aku berbuka puasa di masjid, baru sekali. Hidangan dia amat memuaskan. Memang kenyang kalo makan. Sbb free... Kenyang la kamu dan Lapar...

Kebanyakan makanan yg aku beli untuk berbuka puasa adalah di Kafe Restu jer. Takyah jauh2. Sebab kat situ, harga makanan standard la. Tak la tinggi sangat.

Ye, sepanjang 9 hari bulan ramadhan. Banyak masa aku diluangkan untuk mengadap assignment dan tutorial. Memang banyak dugaan bulan puasa nie. Dugaan ini yg dapat meningkatkan ketabahan dan keimanan kita. Agar dapat menjadi muslim yg sejati.

Kalo dah wat assignment ngan tuto tu. Jangan lak tak solat terawikh. Perbanyakkanlah ibadah sunat di bulan Ramadhan yg pernuh berkat ini.
Sama-samalah kita berikhtiar untuk mendapatkan apa yg dijanjikan di bulan ini.

Cte pasal bulan ramadhan nie pulak. Ada jugak, kemalangan-kemalangan yg ngeri dan tidak patut berlaku tertera di surat khabar.

Ini disebabkan, ada segelintir manusia yg tidak mengendahkan bulan ini. Mereka telah dirasuk dan dijajah pemikirannya oleh orang yahudi sehinggakan mereka lupa bahawa mereka berada di bulan Ramadhan. Mengapa, keadaan ini berlaku? kerana kurang didikan agama.
Dan, mereka tiada pembimbing untuk membawa mereka ke pangkal jalan.
Apa yg perlu kita buat. Berdoalah pada mereka agar mereka diberikan hidayah.

Bulan Ramadhan bulan yg mulia dan penuh Keberkatan. Jadikanlah ia bulan yg dapat membersihkan hati kita kerana di bulan ini, gangguan telah dikurangkan.
Kita hanya perlu lawan nafsu kita. Kerana syaitan dan iblis telah diikat dan dikurung di neraka serapat-rapatnya.

Bulan ini adalah peluang kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih khusyuk dan tawadhu'.

Itulah sedikit perkongsian yg dpt aku cte.
Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua....

No comments: