FIBER BIRU

Thursday, April 14, 2011

Minggu Orientasi UBM


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca....

Post Kali ini mengenai Minggu orientasi Universiti Blogger Malaysia(UBM)....
Saya dipanggil masuk ke UNIVERSITI lain apabila habis satu sidang pengajian ni???
Ini amatlah sukar terjadi...
Tapi itulah hakikatnya...

Perkara yg paling best... Saya boleh berada di kedua-dua universiti pada waktu yang sama...
Best kan... Kalo korang nk masuk UBM ni... Senang jer...

UBM ni baru dibuka tak lebih seminggu rasanya...
So... Mestilah ada minggu orientasi pertama untuk kemasukkan para pelajar baru...

Minggu Orientasi selalunya mestilah mengenalkan diri kan kan...
Jadi meh saya perkenalkan diri saya dalam post ini untuk UBM...

Nama : Muhammad Noorshazmil (shazmil)
Nama Blog : S.H.A.Z.M.I.L Life
Tarikh mula berblogging : 19 Julai 2010 dan baru ada 64 post termasuk post ni...

Rasanya... Cukup sekadar ketiga-tiga perkara tu...
Kalo nk lebih tau lagi... add la saya di FB



Pandangan saya mengenai dunia blog darsawarsa kini (masa kini)
Kita boleh bahagikan blog kepada beberapa bahagian... Antaranya ialah blog isu terkini, blog jenaka dan lawak, blog kisah-kisah kehidupan, blog agama, blog artis-artis dan sebagainya.

Blog-blog tersebut telah menyenangkan kita memperolehi maklumat tidak kiralah yg remeh-temeh sehinggalah yg terperinci. Jadi dengan hanya menjelajah blog-blog yg ada, kita akan dapat pelabagai maklumat dengan cepat dan pantas.

Blog-blog tersebut juga boleh mendatangkan pelbagai konspirasi yg tidak diundang. Macam-macam perbalahan juga yg telah terjadi dari blog-blog yang ada.




Pandangan saya mengenai Institut Pengajian Tinggi Maya ( IPTM ) pertama seperti UBM
UBM, Univesiti Blogger Malaysia. Nama universiti itu sendiri telah memberitahu kita bahawa, universiti adalah tempat para pelajar menuntut ilmu dan Blogger pula, sebuah platform yg membolehkan kita berkongsi apa yg kita mahukan tanpa banyak halangan.

Jadi, InsyaAllah pada suatu hari nanti, UBM dapat menjadi satu univesiti yg dapat mengeratkan lagi hubungan para pelajar serta memberi lebih banyak ilmu dan membantu para pelajar untuk terus berjaya dalam kehidupan. UBM ini, sangat meluas di serata Malaysia. Syarat-syarat kemasukkan juga senang. Tidak perlu lihat pada Keputusan peperiksaan.

Dengan terkumpulnya ramai pelajar di UBM, maka kita dapat berkumpul bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit sebanyak maklumat atau maklum balas yg diperlukan untuk Minggu Orientasi UBM.
Harap UBM akan terus maju di persada dunia.

Sekian, terima kasih... ^_^

3 comments:

Nys Zairee said...

pnjgnyer.. -__-

Shazmil said...

terpanjang pulak...

Selamat datang ke blog saya... ^_^

HazHand said...

oh..good! prof akn pertimbangkan.. :')